Modul SENI WRITING telah dimulakan oleh Dr Norazuwana Shaari sejak tahun 2021. Impak dari keberkesanan modul ini, ianya kini berjaya dikembangkan menjadi sebuah anak Syarikat di bawah naungan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Eduunity adalah hasil pengkomersialan yang berteraskan pendidikan yang didaftarkan sebagai Sdn Bhd secara rasmi pada 19 Julai 2024.
Dr. Norazuwana Shaari, pensyarah kanan di Institut Sel Fuel berkepakaran dalam bidang kejuruteraan kimia dan teknologi sel fuel, memulakan Eduunity dengan niat untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam penulisan jurnal Q1 dan Q2 yang telah beliau lalui semasa peringkat PhD
Setelah mengatasi cabaran besar semasa peringkat Sarjana, Dr. Wana menghasilkan sembilan penerbitan Q1 dan Q2, membuktikan keefektifan strategi yang beliau gunakan. Kejayaan ini kini menjadi asas bagi modul-modul yang diajar dalam seminar Eduunity, yang telah membantu ribuan pelajar dan akademik di Malaysia dan Indonesia untuk meningkatkan kemahiran penulisan akademik dan pengurusan penyelidikan.
Visi Eduunity adalah jelas: Memaknakan perjalanan PhD melalui penyelidikan, penulisan dan pembentukan jati diri.
Dr Norazuwana Shaari
Pengasas Eduunity Global
Dr. Norazuwana Shaari adalah seorang ahli merupakan pensyarah kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan penyelidik yang berpengalaman dalam bidang teknologi membran dan bahan termaju, tenaga rendah karbon, dan teknologi sel fuel. Beliau adalah pengasas Eduunity Global, sebuah inisiatif pendidikan yang bermula pada tahun 2021 dan kini menjadi sebuah syarikat sdn. bhd. di bawah naungan UKM.
Dr. Norazuwana telah menerbitkan lebih daripada 80 jurnal Q1 dan Q2 berimpak tinggi dan telah dijemput sebagai pengulas terbaik di jurnal top 10% dan top 5% di peringkat global. Pengiktirafan ini mencerminkan sumbangannya yang signifikan dalam bidang penyelidikan serta kepakarannya dalam menilai kualiti karya ilmiah. Beliau juga telah dianugerahkan sebagai salah satu daripada saintis terkemuka dunia oleh Clarivate Analytics dari tahun 2022 hingga 2024, menunjukkan kecemerlangan dan inovasi dalam kerjaya akademiknya.
Selain itu, Dr. Norazuwana juga telah membimbing lebih daripada 3000 peserta dalam pelbagai seminar dan webinar untuk pelajar pasca siswazah dan ahli akademik, memberikan bimbingan dan nasihat untuk meningkatkan kemahiran penulisan ilmiah dan pengurusan penyelidikan.
Kejayaan beliau dalam menghasilkan sembilan penerbitan Q1 dan Q2 semasa peringkat Doktor Falsafah pada tahun 2014-2018, menjadi asas bagi modul-modul yang diajar dalam seminar Eduunity, yang telah membantu ribuan pelajar dan akademik di Malaysia dan Indonesia.
Sebagai seorang pakar dalam kejuruteraan kimia dan teknologi sel fuel, beliau juga aktif dalam Pembangunan membran polimer untuk sel fuel dan elektrolizer.
Dr. Norazuwana juga sangat aktif dalam komuniti, mempromosikan pendidikan STEM di sekolah-sekolah dan masyarakat umum untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan sains dan teknologi di Malaysia.
Profesor Siti Kartom Kamarudin merupakan seorang ilmuwan yang terkemuka dalam bidang kejuruteraan kimia dan teknologi sel fuel di Malaysia. Beliau adalah profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan merupakan Pengarah Institut Sel Fuel sehingga kini.
Sepanjang kariernya, Prof. Siti Kartom telah memberi sumbangan besar dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi sel fuel, khususnya dalam aplikasi sel fuel hidrogen dan sel fuel metanol langsung. Penelitian beliau meliputi aspek kejuruteraan elektrokimia, rekabentuk sistem sel fuel, serta pengoptimuman bahan mangkin yang berkesan dan mesra alam.
Prof. Siti Kartom juga aktif dalam penerbitan akademik, dengan banyak karyanya dimuatkan dalam jurnal-jurnal ilmiah bertaraf antarabangsa. Beliau dikenali sebagai seorang penyelidik yang berdedikasi, sering diundang sebagai panel utama dalam pelbagai konferens ilmiah dan teknikal, baik di peringkat kebangsaan maupun antarabangsa.
Selain itu, Prof. Siti Kartom juga memainkan peranan penting dalam pendidikan dan latihan bagi melahirkan pelapis saintis dan jurutera di Malaysia. Beliau mempunyai rekod yang cemerlang dalam membimbing pelajar sarjana dan doktor falsafah , banyak daripada mereka kini berkhidmat dalam sektor akademik dan industri, baik di Malaysia maupun di luar negara.
Pengiktirafan beliau termasuk dianugerahkan sebagai Penyelidik Tinggi Terpilih (Highly Cited Researcher) oleh Clarivate Analytics pada tahun 2020 hingga 2023, mengukuhkan statusnya sebagai salah satu saintis terkemuka di dunia dalam bidang teknologi sel fuel.
Prof. Siti Kartom terus aktif dalam penyelidikan dan merupakan inspirasi bagi ramai orang dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.
Prof Ir Dr Siti Kartom Kamarudin
Penasihat Kehormat