Program Coaching Akademik

Program ini menawarkan sesi bimbingan yang disesuaikan dengan keperluan individu, membantu peserta mengenalpasti dan mengatasi cabaran dan peluang dalam karier akademik mereka. Dengan pendekatan yang holistik, program ini bertujuan untuk memperkasa kompetensi penyelidikan, memperbaiki strategi pembelajaran, dan mempromosikan perkembangan profesional yang lestari

Modul

  1. Penilaian Kemajuan Akademik:
    • Sesi penilaian yang mendalam untuk memahami hasil kemajuan yang dicapai, kekuatan, dan perkaran yang memerlukan peningkatan dan perhatian.
    • Mendapatkan perancangan konstruktif dan strategi berkesan untuk menggerakkan usaha optimum untuk terus maju ke hadapan.
  2. Pembangunan Kompetensi Penyelidikan:
    • Fokus pada pembangunan kemahiran yang diperlukan untuk hasil penyelidikan yang efektif, termasuk teknik pengumpulan data, analisis, dan penulisan ilmiah.
    • Workshop dan kelas teknikal hands-on secara praktikal untuk memperkemas metodologi penyelidikan.
  3. Penyesuaian Strategi Pembelajaran:
    • Penyesuaian pendekatan pembelajaran untuk memenuhi gaya belajar dan bidang yang pelbagai dan meningkatkan potensi pelajar.
    • Strategi personal untuk mengoptimumkan waktu dan kemampuan dalam untuk menyelesaikan pengajian Master dan PhD dengan cemerlang

Pakar

Program ini dipimpin oleh Dr. Norazuwana Shaari dan barisan pensyarah yang berkaliber sebagai sebuah team mentor, dengan pengalaman sendiri dan luas dalam bimbingan akademik. Antara team mentor adalah Prof Siti Kartom Kamarudin (UKM), Dr Zulfirdaus Zakaria (UM), Dr Siti Hasanah Osman (UKM), Dr Raihana Bahru (UKM), Dr Nor Naimah Rosyadah (UITM).

Siapa Yang Telah Kami Bimbing

Program ini terbuka untuk pelajar Master PhD, ahli akademik dan penyelidik dari semua disiplin ilmu dan tahap karier, mulai dari calon Master dan PhD hingga pensyarah yang ingin meningkatkan kemahiran penyelidikan dan penulisan atau membangunkan karier akademik

Testimoni

Assalamualaikum..sy dengan rendah hati dan syukur ingin mengucapkan jutaan terima kasih yg x terhingga buat Dr Wana dan Dr Zul di atas perkongsian ilmu dan kemahiran selama ini.berbaloi rasanya masuk kelas2 Dr, Alhamdulillah paper Sy sudah pun diterbitkan di jurnal Q1 bln 12 lepas. ..ianya bukan perjalanan yg mudah..tp kaedah Dr Wana, Dr Zul dan Dr Hasanah sangat2 berguna… semoga Dr Wana dan Dr Zul sentiasa dimurahkan rezeki dan sihat2 selalu 💐💐💐💐 – Puan Salwa, Calon PhD USM

Program “Coaching Akademik” adalah pilihan ideal bagi individu yang mencari bimbingan yang adaptif dan berfokus untuk mengakselerasi kemajuan karier dan keberhasilan akademik